Dasar Privasi
Versi 18 Oktober 2026. TerusApply ("kami") mengumpul data peribadi sesedikit mungkin, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Data yang kami simpan
- Emel — untuk log masuk, pengesahan akaun, tukar kata laluan, notifikasi kerja (jika anda hidupkan) dan peringatan pembaharuan.
- Cincangan kata laluan (PBKDF2) — kata laluan asal tidak pernah disimpan.
- Status bayaran — pelan, tarikh tamat akses, ID pelanggan/langganan Stripe dan rekod bayaran (jumlah, tempoh). Butiran kad dan FPX diproses oleh Stripe; kami tidak melihat atau menyimpannya.
- Kerja yang disimpan — ID jawatan sahaja.
- Tetapan notifikasi — tab, negeri, bidang, kata kunci, hidup/mati, dan log ringkas emel notifikasi (bila dihantar dan berapa kerja; tiada kandungan).
- Data teknikal — sesi log masuk (cookie
ta_session, hanya cincangan disimpan) dan rekod had kadar yang ringkas: cubaan log masuk dan tukar kata laluan (dikunci dengan HMAC rahsia, bukan emel asal) dan, apabila anda membuka senarai kerja tanpa langganan, alamat IP anda (had 60 permintaan setiap 15 minit) — semua rekod ini dipadam selepas 24 jam.
Kami tidak mengumpul nama, nombor telefon, nombor IC, resume atau lokasi anda.
Kuki, iklan & analitik
Pada laman utama dan halaman daftar / log masuk (/daftar/), kami tanya dahulu melalui banner kuki. Hanya jika anda tekan Terima, kami muatkan:
- Meta Pixel (Meta Platforms) — ukur keberkesanan iklan: lawatan laman utama dan pendaftaran. Tiada isi borang dihantar.
- Google Analytics 4 (Google) — statistik lawatan tanpa isyarat Google (Google signals) dan tanpa pemperibadian iklan.
- Microsoft Clarity (Microsoft) — peta haba dan rakaman tatal pada laman utama sahaja; teks yang ditaip disembunyikan.
Pilihan anda disimpan dalam kuki ta_consent selama 180 hari; tukar bila-bila masa melalui Tetapan kuki di kaki laman utama. Jika anda datang dari iklan Meta dan tekan Terima, ID klik iklan (ta_fbclid, 7 hari) disimpan supaya pendaftaran dapat dipadankan; ia tidak disimpan sebelum anda memilih dan dibuang jika anda tekan Tolak. Penjejak ini tidak pernah dimuatkan di dalam aplikasi (/app/: senarai kerja, akaun, bayaran); selepas log masuk, aplikasi dibuka sebagai halaman baharu tanpa penjejak.
Meta Conversions API: apabila anda mendaftar dan mengesahkan emel, dan apabila bayaran langsung disahkan, pelayan kami menghantar kepada Meta emel dan ID akaun dalam bentuk cincangan (SHA-256), alamat IP, pelayar, ID klik iklan dan (untuk bayaran) jumlah dalam RM — untuk mengukur iklan. Ini dihantar hanya jika anda tekan Terima sebelum mendaftar; jika anda tekan Tolak atau tidak memilih, tiada apa-apa dihantar kepada Meta.
PostHog (analitik produk, pelayan EU): pelayan kami merekod peristiwa ringkas — daftar, emel disahkan, log masuk, simpan kerja, hidupkan notifikasi, mula bayar, bayaran berjaya — dengan ID akaun dalaman dan pelan/jumlah sahaja. Tiada emel, kata kunci, jawatan atau kuki pelayar dihantar ke PostHog.
Kerja yang dipaparkan
Senarai kerja diambil daripada laman kerjaya awam syarikat dan daripada Himalayas serta Remotive. Kami hanya simpan jawatan, syarikat, lokasi, tarikh dan pautan ke iklan asal; tiada huraian kerja disalin. Permohonan anda dibuat terus di laman syarikat dan tertakluk kepada dasar privasi syarikat tersebut.
Pemproses
- Cloudflare (hosting, pangkalan data, emel)
- Stripe (pembayaran)
- Meta Platforms (Meta Pixel, Conversions API — iklan)
- Google (Google Analytics — statistik lawatan)
- Microsoft (Clarity — peta haba laman utama)
- PostHog (analitik produk)
Tempoh simpanan & hak anda
Data disimpan selagi akaun wujud. Pendaftaran yang tidak disahkan dipadam selepas 7 hari. Anda boleh memadam akaun bila-bila masa di Akaun → Padam akaun: emel, kata laluan, sesi, kerja disimpan, tetapan dan log notifikasi dipadam serta-merta, dan langganan kad dibatalkan. Kami hanya simpan ID dalaman dan ID pelanggan Stripe (tanpa emel) supaya caj selepas pemadaman dapat dibatalkan. Stripe menyimpan rekod transaksi mengikut undang-undang. Untuk akses, pembetulan atau soalan: hello@terusapply.com.
Privacy Policy (English)
We keep the minimum: your email, a password hash, billing status (plan, access end date, Stripe customer/subscription ids, payment records — card and FPX details stay with Stripe), the ids of jobs you save, your alert settings with a minimal alert log (when, how many), a hashed session cookie (ta_session) and short-lived rate-limit records: login and reset attempts (keyed by a secret HMAC, never the address itself) and, when you open the job list without a plan, your IP address (60 requests per 15 minutes) — all deleted after 24 hours. No name, phone, IC, résumé or location.
Cookies, ads & analytics. On the home page and the sign-up / log-in page (/daftar/) a cookie banner asks first. Only after Terima (Accept) do we load the Meta Pixel (ad measurement: home page visit and sign-up; no form contents), Google Analytics 4 (visit statistics, Google signals and ad personalisation off) and Microsoft Clarity (heatmaps/scroll on the home page only; typed text masked). Your choice is kept in the ta_consent cookie for 180 days; change it via Tetapan kuki in the home page footer. If you came from a Meta ad and press Terima, its click id (ta_fbclid, 7 days) is kept to match a sign-up; it is never stored before you choose and is cleared on Tolak (Decline). None of these ever load inside the app (/app/: job lists, account, billing); after you log in the app opens as a fresh page without them. When you sign up, verify your email, and when a live payment is confirmed, our server sends Meta (Conversions API) your email and account id hashed (SHA-256), IP address, browser, the ad click id and, for payments, the amount in RM — only if you chose Terima (Accept) before signing up; with Tolak or no choice nothing is sent to Meta. PostHog (product analytics, EU) receives server-side events (sign-up, email verified, login, job saved, alerts on, checkout started, payment) with the internal account id and plan/amount only — no email, keywords, job titles or browser cookies.
Job listings come from public company career pages and from Himalayas and Remotive; we store only title, company, location, date and the original link. Applications happen on the company's own site under its privacy policy. Processors: Cloudflare (hosting, database, email), Stripe (payments), Meta Platforms (Pixel, Conversions API), Google (Analytics), Microsoft (Clarity) and PostHog (product analytics).
Data is kept while your account exists; unverified sign-ups are removed after 7 days. Delete your account any time under Account → Delete account: everything above is erased immediately and a card subscription is cancelled; we keep only internal ids and the Stripe customer id (no email) so that late charges can be cancelled. Contact: hello@terusapply.com.